Masa Itu Kehidupan

Sunday, September 26, 2010

Program “Ramadhan Membina Imani, Palestin Kami Sayangi” di MITC Ayer Keroh

AYER KEROH, 29 Ogos 2010 – Buat sekian kalinya, HALUAN Palestin Melaka dengan kerjasama Koperasi Ummah Dana Wawasan Melaka Berhad (KUDWAH Berhad) dan Mydin Mall MITC berjaya menganjurkan Kempen dan Pameran “Ramadhan Membina Imani, Palestin Kami Sayangi” bertempat di Concourse Tingkat Bawah Mydin Mall MITC Ayer Keroh.

Program tersebut telah berlansung selama dua hari berturut-turut bermula dari 28 hingga 29 Ogos 2010, setiap hari dari jam 9 pagi sehingga jam 11 pagi. Program kempen kesedaran Palestin ini turut dijayakan oleh beberapa syarikat prihatian yang ingin menyumbangkan keuntungan jualan mereka ke Tabung Lifeline4Gaza seperti ArgoMarin Sdn Bhd, SMS Maju Ent dan KUDWAH Bhd.

Relawan-relawan HALUAN, ahli-ahli Fan Club Lifeline 4 Gaza, ahli-ahli HALUAN Siswa Melaka serta ahli-ahli KUDWAH Berhad telah mengambil kesempatan ini menyumbang masa dan tenaga untuk menjayakan program ini di samping beramah mesra bersama masyarakat.


Program kali ini turut diisi dengan pameran infomasi Misi Kemanusiaan Lifeline4Gaza, pemeriksaan kesihatan amal oleh Kelab Kesihatan HALUAN (KKH), tandatangan sokongan untuk Gaza, jualan amal untuk Gaza, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak serta pungutan tabung Lifeline 4 Gaza.

Menurut Pengerusi HALUAN Palestin Melaka, En. Shahkirin Bin Mohd Shah, tujuan serta matlamat kempen dan pameran ini adalah untuk merealisasikan visi HALUAN Palestin untuk menjadikan permasalahan Palestin sentiasa di hati ummah. Program kesedaran ini merupakan satu pendekatan yang baik bagi menyebarluaskan infomasi terkini berhubung isu-isu Palestin.

Program dua hari ini telah berjaya mengumpulkan sumbangan orang ramai sebanyak RM8,660-00 untuk tabung Lifeline 4 Gaza dan RM800-00 untuk tabung bencana alam Pakistan. Kutipan tersebut dibuat melalui edaran tabung sumbangan serta pemeriksaan kesihatan amal.

Pengarah program ini, saudara Khalid Al-Walid Bin Mustafa Kamil berkata, “program seperti ini akan terus dianjurkan oleh HALUAN Palestin Melaka di lokasi-lokasi lain seperti di pasaraya-pasaraya serta pusat-pusat membeli belah di seluruh negeri Melaka bagi mengisi tabung Lifeline 4 Gaza serta menyampaikan maklumat terkini berhubung permasalahan Palestin, Misi Konvoi Kemanusiaan Lifeline 4 Gaza serta kempen terkini Pelayaran Kemanusiaan Malaysia yang dianjurkan oleh Sekreteriat Lifeline 4 Gaza.”

Pihak HALUAN Palestin Melaka mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua relawan-relawan HALUAN, ahli-ahli Fan Club Lifeline 4 Gaza, ahli-ahli HALUAN Siswa, pengurusan Mydin Mall MITC, Ayer Keroh serta dermawan-dermawan yang telah menyumbangkan tenaga, masa serta wang ringgit bagi menjayakan program ini.

----------------------------------

Laporan oleh Setiausaha HALUAN Palestin Melaka.
Gambar oleh Adenar Mohamed & Noorhisham Husin.

Read more >>

Friday, August 27, 2010

Pameran & Kempen "Ramadhan Membina Imani, Palestin Kami Sayangi"




Tempat: Concourse Mydin Mall, Melaka International Trade Centre, Melaka.
Tarikh: 28 - 29 Ogos, 2010
Masa: 9 pg - 11 mlm
Aktiviti Menarik:
  1. Pameran Infomasi Misi Kemanusiaan Lifeline4Gaza
  2. Pemeriksaan Kesihatan Percuma Sambil Beramal
  3. Tandatangan Sokongan Untuk Gaza
  4. Jualan Amal Untuk Gaza oleh KUDWAH Bhd, AgroMarin Sdn Bhd, LL4G, HALUAN Palestin, SMS Maju Ent.
  5. Gempur Pungutan Dana Lifeline4Gaza
  6. Pendaftaran Keahlian Lifeline4Gaza Fan Club
  7. Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak dibawah 12 tahun.
Read more >>

Sunday, July 4, 2010

Untukmu Rakyat Melaka

Sekali lagi program kesedaran dan ceramah Palestin di Negeri Melaka bertuah ini. Kali ini pameran dan ceramah diadakan di perkarangan Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.


Ceramah disampaikan oleh Saudara Mohd Nizam Mohd Awang yang juga salah seorang daripada 12 relawan Malaysia yang ditangkap ketika berada di atas kapal Mavi Marmara 31 Mie 2010 yang lalu.

walaupun pameran dan ceramah kali ini nampaknya kurang sambutan, tetapi tetamu yang hadir dapat merasakan bagaimana keperitan hidup rakyat Palestin dibawah pemerintahan kejam zionis isrel laknatullah.

Para tetamu tekun melihat bahan pameran yang disediakan

Beberapa snap shot yang sempat dibuat dalam majlis tersebut


Ada yang sampai duduk dilantai kerana kekhusyukan membaca bahan pameran



Saudara Nizam (kanan) bergambar bersama Hj, Adenar, salah seorang aktivis yang aktif membuat promosi Palestin disana sini.





Para tetamu tidak melepaskan peluang mendapatkan cenderahati sambil menderma ke tabung Palestin



Barang jualan hampir habis terjual walaupun tetamu tidak ramai


Beberapa tetamu mengambil peluang berbicara & bertanya lanjut dengan Relawan


Anak-anak juga patut menerima pendedahan awal tentang Palestin & kekejaman Israel



















Read more >>

Friday, July 2, 2010

Sepagi Kakitangan Kerajaan Bersama Relawan

2 Julai 2010



Kakitangan kerajaan di Jabatan Ketua Menteri telah berpeluang mendengar satu perkongsian daripada Ketua Misi Lifeline4Gaza, Tn Hj Noorazman Mohd Samsudin dalam tazkirah mingguan mereka yang bertempat di Auditorium Laksamana, Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.



Perkongsian pengalaman saudara penceramah menarik minat lebih 300 kakitangan yang hadir termasuk kakitangan yang bersama dalam sidang video secara langsung.

Walaupun penceramah agak kurang sihat pada pagi tersebut, namun beilau tetap gigih untuk menyampaikan ceramahnya bagi berkongsi pengalaman ketika bersama para relawan atas kapal

Tn. Hj Noorazman sempat juga menunjukkan beberapa video rakaman yang dapat dibawa keluar untuk tatapan semua. dalam video rakaman tersebut jelas menunjukkan kekejaman tentera Zionis ketika menangkap semua relawan. Rakaman tersebut jelas berbeza dengan rakaman yang ditunjukkan dalam TV Israel yang telah diubahsuai bagi menutup kesalahan yang mereka lakukan.

Dalam ceramah beliau, Tn. Hj Noorazman mengajak semua para pendengar untuk memboikot apa sahaja barangan Israel dan sekutunya Amerika sebagai tanda sokongan kita atas usaha para relawan. walaupun ramai yang mengatakan usaha boikot ini hanya sia-sia tetapi sebenarnya tidak. walaupun kita merasakan 1 sen yang kita sumbangkan untuk Israel adalah satu nilai yang sangat kecil, tetapi apakah yang akan kita jawab di hadapan Allah nanti ketika kita ditanya apakah sumbangan kita bagi membantu saudara kita di Palestin?

Dalam ceramah beliau juga menyarankan agar kita semua dapat memberi sumbangan kepada tabung yang disediakan oleh pihak Haluan bagi menjayakan misi kemanusiaan ke Gaza yang seterusnya yang dijangkakan akan berlayar dalam satu atau dua bulan lagi.


Selepas sesi ceramah, para kakitangan berpeluang menyaksikan pameran berkaitan info Palestin dan Israel yang diadakan di perkarangan dewan Auditorium.

Hasil sumbangan dan jualan amal barangan cenderahati Palestin, tabung Palestin haluan telah berjaya mengumpulkan sebanyak lebih RM800 pada pagi tersebut.


Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam pada majlis tersebut.


sesi jamuan bersama pegawai Jabatan Ketua Menteri















sebahagian peserta yang hadir semasa sesi ceramah


Booth jualan dan pameran

Read more >>

Thursday, July 1, 2010

Poster Gaza di Hati | 16 Julai 2010


Datanglah beramai-ramai
Masuk percuma

Kumpulan Nasyid Jemputan

" Shoutul Harakah "

Read more >>

Program Haluan Palestin 2 Julai 2010


2 Julai 2010 | Jumaat



0830 | Ceramah Perdana | Perkongsian pengalaman ketika bersama relawan-relawan atas kapal Mavi Marmara oleh ketua Misi Lifeline4gaza Saudara Noorazman Mohd Samsudin di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Ceramah kepada kakitangan kerajaan di Pejabat Ketua Menteri Melaka.



1230 | Saudara Noorazman akan berada di Masjid MMU melaka untuk khutbah Jumaat. Akan diadakan pameran & jualan cenderahati Palestin



1430 | Pameran dan promosi program Lifeline4gaza di Masjid Al-Rasyidin, Alor Gajah oleh para petugas Sekretariat Haluan Palestin



1900 | Ceramah umum oleh Saudara Noorazman Mohd Samsudin di Masjid Al-Rasyidin, Alor Gajah selepas solat Maghrib. Pameran & julan amal turut diadakan.




Pihak Haluan Palestin menjemput semua masyarakat sekitar Melaka hadir bersama bagi menjayakan aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Read more >>

Wednesday, June 30, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Gaza di Hati UTeM

30 Jun 2010 | Bilik Mesyuarat MPP, Pusat Kegiatan Pelajar, UTeM, Durian Tunggal | 9.00 malam

Hasil usahasama yang terjalin antara MPP dan HaluanPalestin, telah diadakan mesyuarat penyelarasan untuk membincangkan gerak kerja bagi konsert yang bakal diadakan pada 16 Julai 2010.

MPP UTeM telah berbesar hati menjemput HaluanPalestin untuk sama berbincang di 'rumah' mereka yang serba indah dan lengkap.

Kami diberi kejutan jamuan makan yg disediakan oleh MPP sebelum mesyuarat lagi. Biasanya makan sesudah mesyuarat, tapi di UTeM lain pula jadinya.


Untuk tidak menghampakan, kami makan juga dengan menganggap kami ni tetamu. Terima kasih banyak-banyak.



Mesyuarat dipengerusikan oleh pengarah program daripada UTeM, saudara Ashraf. Bermula dengan memperkenalkan diri ahli-ahli mesyuarat dan diteruskan dengan agenda-agenda yang dirancang.





Alhamdulillah, walaupun dalam gambar nampak macam semua dalam keadaan stress, tapi mesyuarat berjalan lancar dan banyak perkara dapat diputuskan bersama.

hanya tinggal 2 minggu lagi untuk kami buat preparation konsert ini. mudah-mudahan Allah permudahkan usha kami untuk memberi yang terbaik untuk program ini. Wallahualam
Read more >>