Masa Itu Kehidupan

Wednesday, June 30, 2010

Mesyuarat Penyelarasan Gaza di Hati UTeM

30 Jun 2010 | Bilik Mesyuarat MPP, Pusat Kegiatan Pelajar, UTeM, Durian Tunggal | 9.00 malam

Hasil usahasama yang terjalin antara MPP dan HaluanPalestin, telah diadakan mesyuarat penyelarasan untuk membincangkan gerak kerja bagi konsert yang bakal diadakan pada 16 Julai 2010.

MPP UTeM telah berbesar hati menjemput HaluanPalestin untuk sama berbincang di 'rumah' mereka yang serba indah dan lengkap.

Kami diberi kejutan jamuan makan yg disediakan oleh MPP sebelum mesyuarat lagi. Biasanya makan sesudah mesyuarat, tapi di UTeM lain pula jadinya.


Untuk tidak menghampakan, kami makan juga dengan menganggap kami ni tetamu. Terima kasih banyak-banyak.



Mesyuarat dipengerusikan oleh pengarah program daripada UTeM, saudara Ashraf. Bermula dengan memperkenalkan diri ahli-ahli mesyuarat dan diteruskan dengan agenda-agenda yang dirancang.





Alhamdulillah, walaupun dalam gambar nampak macam semua dalam keadaan stress, tapi mesyuarat berjalan lancar dan banyak perkara dapat diputuskan bersama.

hanya tinggal 2 minggu lagi untuk kami buat preparation konsert ini. mudah-mudahan Allah permudahkan usha kami untuk memberi yang terbaik untuk program ini. Wallahualam
Read more >>

Sunday, June 27, 2010

Perkongsian Pengalaman di Seremban



Pada 25 Jun 2010, bertempat di Surau Asyura, telah diadakan satu perkongsian pengalaman salah seorang sukarelawan Flotila Pembebasan Gaza yang turut terlibat dengan serangan kejam Israel terhadap kapal Mavi Marmara pada 31 Mei lalu. Beliau adalah Saudara Mohd Nizam Awang yang juga wartawan Haluan ke Gaza.

Program bermula dengan solat Maghrib bersama ahli kariah dan tayangan video sebenar kisah trajis yang berlaku. Majlis diteruskan dengan ceramah perkongsian oleh sukarelawan yang berlangsung selama lebih satu jam.

Hadirin yang hadir sangat tekun mendengar kisah pengalaman daripada penceramah.

Dalam masa yang sama, telah diadakan pameran Palestin & kekejaman Israel di perkarangan surau. Anak-anak kecil yang turut hadir pada malam tersebut kelihatan sangat berminat dengan pameran yang turut menunjukkan koleksi ilustrasi kartun berkaitan kekejaman Israel & sekutunya. Ternyata pameran sebegini telah membuka minda masyarakat umum untuk mengetahui isu dunia dan menerima berita langsung daripada sumber yang benar.




Ketekunan kanak-kanak membaca bahan -bahan pameran.

Solat isya' berjemaah bersama ahli kariah selepas tamat program diikuti dengan jamuan makan yang disediakan oleh AJK surau Asyura.

Pada malam tersebut, turut diadakan kutipan dana untuk Palestin yang akan disumbangkan terus ke Tabung Palestin Haluan untuk misi Talian Hayat untuk Gaza yang seterusnya. Pada malam itu, sebanyak RM 1500 berjaya dikutip daripada ahli kariah Garden Avenue dan dan penduduk sekitar Surau Asyura.
Ahli kariah sibuk meneliti & membeli cenderahati Palestin


Pihak Haluan Palestin mengucapkan setinggi-tingi penghargaan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Asyura serta penduduk sekitarnya kerana memberi peluang kepada kami untuk melakukan sedikit amal & perkongsian dengan masyarakat setempat.


Read more >>